Pengenalan Kepada MLM (Multilevel Marketing) – Bahagian Akhir

19 05 2009

Sambungan daripada – Pengenalan Kepada MLM (Multilevel Marketing) – Bahagian 3

Ramai diantara kita memilih untuk bekerja dengan kerajaan, dengan alasan ia lebih selamat dan terjamin. Apa yang selamat? Apa yang terjamin? Selamat daripada siapa? Terjamin dari apa? Selamat dari masalah ekonomi? Terjamin daripada miskin? Atau disebabkan adanya gaji bulanan, jaminan daripada kerajaan tentang pencen? Tetapi adakah kenaikan harga barang makanan, harga petrol, pertambahan liabiliti, kenaikan kos sara hidup dapat dijamin oleh kerajaan kepada kita bahawa ia takkan naik? Adakah terdapat Pekeliling, Akujanji atau Jaminan Kerajaan yang menyatakan bahawa pekerja dan pesara kerajaan mendapat diskaun harga yang lebih murah daripada orang yang bukan bekerja dengan kerajaan? Dihujung hari kita sedar bahawa kita semua adalah sama. Yang kaya bertambah kaya, yang sederhana menjadi miskin, yang miskin terus dengan keadaannya. Mahu salahkan siapa?

Fahamilah hidup ini bukan setakat untuk mendapatkan zon selesa (comfort zone) dalam hidup kita, kerana diakhir hidup nanti takut kita yang akan menyesal. Keluar seketika dari zon selesa kita untuk mendapat zon selesa yang benar-benar selesa dihadapan kita yang sentiasa terbuka luas.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Usaha tangga kejayaan

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Hadis Rasulullah S.A.W: “Sembilan persepuluh rezeki itu datangnya dari perniagaan”.

Firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri”.

Sudah pasti biasa kita dengar dan baca ayat-ayat diatas, malah kita memang faham dengan hikmah disebalik ayat-ayat tersebut. Orang Melayu memang penuh dengan peribahasa simbolik yang dapat menaikkan semangat dan motivasi kita. Malah dalam Al-Quran dan Hadis juga mempunyai berbagai-bagai ayat yang menaikkan semangat dan motivasi kita, kita kaya dengan semua itu, tetapi kita tak gunakan sebaiknya. Kita letak semua itu ketepi, sebab itulah kita menjadi orang yang terkebelakang dari mereka yang telah berjaya. Kenapa?

Cuba kita fikir sejenak….

Berapa nilai diri kita yang sebenar. Adakah nilai kita hanya RM 1,500 – RM 4,000 sebulan sahaja?.

Kita bukan Ali Baba Bujang Lapok yang boleh merompak harta penyamun didalam gua. Kita bukan Ahmad Albab yang mewarisi harta dari jin gua. Kita bukan David Beckham yang boleh sepakan percuma terus ke dalam gol lawan. Kita bukan Tiger Wood yang pandai bermain golf. Kita bukan J. K. Rowling yang mempunyai imaginasi tinggi untuk menulis buku Harry Potter. Kita bukan Nicole Ann David, juara dunia squash. Kita bukan pelakon Hollywood yang mencipta duit berjuta-juta hanya dengan berlakon. Kita bukan penyanyi seperti Siti Nurhaliza yang mendapat royalti berjuta ringgit kerana album lagunya.

Semuanya memerlukan NASIB dan dan KEMAHIRAN. Adakah kita mempunyai nasib dan kemahiran seperti mereka diatas? Apa yang kita ada ialah diri kita sendiri. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Kita yang menentukan hala tuju kehidupan kita selepas ini.

Dalam perniagaan MLM, nasib ditentukan melalui usaha, manakala kemahiran pula ditentukan dengan belajar dari pengalaman orang lain. Anda tidak perlu mengeluarkan wang beribu ringgit untuk belajar pengalaman orang lain. Apa yang anda perlu buat ialah kesanggupan untuk belajar dan berubah.

Donald Trump seorang hartawan hartanah yang dikenali semua orang. Dalam satu program talkshaw, beliau menceritakan pengalaman beliau semasa menjalankan perniagaan tersebut, penuh dengan suka dan duka. Semasa sesi soal jawab, seorang penonton di tepi pentas tempat beliau duduk menyoal satu soalan, “Trump, jikalau anda tidak berniaga hartanah, apakah perniagaan yang anda akan lakukan?”, maka Donald Trump menjawab dengan bangga sekali, jawabnya “Jikalau saya boleh pusingkan masa kebelakang, saya akan menyertai perniagaan MLM”. Maka gamatlah studio talkshaw tersebut dengan ketawa penonton. Penonton itu bertanya lagi, “Bukankah perniagaan itu leceh dan memalukan?”, Donald Trump menjawab lagi, “Oh, sebab itulah anda berada dibawah sana, dan saya berada diatas pentas ini”. Maka studio itu senyap seketika. Mereka yang ketawa ada yang menundukkan muka kerana malu dan ada yang keluar dari studio.

Moral dari cerita ini (anda sendiri boleh fikirkan mesej apa yang beliau ingin sampaikan) apa yang Donald Trump sampaikan ialah jangan memandang rendah dengan perniagaan MLM dan berfikirlah seperti dia – berfikir bahawa perniagaan MLM ini boleh membawa beliau sama taraf seperti sekarang.

Kenapa saya menjalankan perniagaan MLM? Semuanya terjawab walaupun secara ringkas untuk membuka sedikit minda anda dan berharap agar dapat kita berkongsi kejayaan bersama-sama.





Khasiat Produk Premium Beautiful – Bahagian 2

16 05 2009

Depan & Belakang pb

Setiap bahagian produk Premium Beautiful mempunyai fungsinya yang tersendiri dan ia memberi banyak manfaat kepada si pemakai, kita boleh lihat dari gambarajah diatas yang dilengkapi nombor untuk rujukan bagi fungsi-fungsi tersebut.

  1. Cup ini membentuk piramid di mana ia dapat menampung payudara agar tidak jatuh. Puting payudara dalam kedudukan yang betul dan tidak termasuk kedalam. Ini membantu mencegah kanser payudara dan mencerahkan pigmen puting agar kelihatan segar.
  2. Menghalang lelemak mengalir kebahagian belakang.
  3. Menguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut, serta menghilangkan kesan rekahan pada kulit (strech mark) terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin.
  4. Bahagian ini tidak menekan Ovari. Ini dapat memberi kesan hormon yang seimbang ‘estrogen‘ dan ‘progestron‘.
  5. Mengelak daripada masalah gastrik dan ulser.
  6. Lace Cup mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan payudara dari melimpah keluar.
  7. Memecah lemak pada bahagian atas perut.
  8. Lubang angin mengawal keputihan, pengaliran darah dan udara untuk menghilangkan kesan bau pada wanita.
  9. Kedudukan tetap dan tidak mudah jatuh.
  10. Lapisan tenunan bahagian belakang terbahagi pada dua lapisan yang mengawal lapisan lemak yang telah kehadapan tidak akan kebelakang semula.
  11. Love Shape nipis untuk membentuk pinggul yang menarik dan mengukuhkan kedudukan pinggul.
  12. Bahagian ini dapat menampung dengan kuat supaya tidak jatuh dan mengelakkan lemak dari mengalir ke bawah.
  13. Telulang-telulang ini berfungsi untuk mengatasi masalah tulang belakang seperti bongkok, slip disc, sakit pinggang dan pengaliran darah. Suntikan Far Infrared Rays (FIR) paling banyak dalam tulang bengkung tersebut. Khas untuk ibu-ibu selepas bersalin dalam pantang untuk mengelakkan serta menghilangkan rekahan pada kulit perut dan mengempiskan perut serta merampingkan pinggang dengan cepat, selamat dan berkesan.
  14. Tali ini kegunaannya untuk mengemaskan dan merampingkan pinggang.




Pengenalan Kepada MLM (Multilevel Marketing) – Bahagian 3

13 05 2009

Sambungan daripada – Pengenalan Kepada MLM (Multilevel Marketing) – Bahagian 2

Kenapa saya menjalankan perniagaan MLM? Sekali lagi soalan ini saya lontarkan untuk ingatan anda. Secara jujur saya lakukan kerana untuk menambah pendapatan. Dengan pertambahan pendapatan, saya dapat membayar hutang pinjaman pelajaran, dapat memenuhi impian seperti mahu pergi umrah dan haji, mahu memiliki rumah sendiri, mahu kenderaan mewah, mahu melancong seluruh dunia, mahu berzakat, mahu membantu orang miskin, mahu beri kemewahan kepada ibu dan ayah, mahu hidup senang.  Impian saya besar. Begitu juga anda. Masakan anda tidak teringin untuk memiliki rumah mewah diatas nama anda sendiri. Masakan anda tidak teringin memandu BMW atau Mercedes Benz milik anda sendiri. Masakan anda tidak teringin untuk pergi umrah dan haji dan bawa bersama ibu dan ayah kita. Paling koman pun takkan anda tak teringin untuk hidup dengan bebas kewangan?. Jawapan itu milik anda, anda tentukan.

Semasa saya membaca buku Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert T. Kiyosaki terdapat satu perenggan yang saya berhenti seketika membacanya, ia berbunyi begini:

Setiap daripada anda diberikan dua anugerah: minda dan masa. Kedua-duanya terpulang kepada anda bagaimana anda gunakannya. Dengan setiap duit yang anda terima, hanya anda yang dapat menentukan destinasi anda sendiri. Berbelanja tanpa berfikir, anda memilih untuk menjadi miskin. Berbelanja untuk liabiliti (seperti kereta, rumah, bil-bil, hutang) anda berada digolongan orang pertengahan (kais sebulan, makan sebulan). Melabur dengan menggunakan minda dan belajar untuk menguruskan aset, anda memilih kaya sebagai masa depan anda. Pilihan ditangan anda. Setiap hari dan setiap ringgit, anda akan tentukan untuk menjadi kaya, pertengahan  atau miskin.

Saya terfikir sejenak.

Saya tergolong dari golongan mana?

Kaya, pertengahan atau miskin. Saya didalam golongan pertengahan.

Kalau orang miskin dikatakan “kais pagi makan pagi”. Orang pertengahan dikatakan “Kais sebulan, makan sebulan”…. nampaknya saya tak ada beza dengan orang miskin. Bezanya saya dengan orang miskin ialah saya ada pendapatan bulanan yang tetap untuk membayar segala liabiliti dan sedikit simpanan (itupun kalau ada, bila menjelang hari raya, simpanan tersebut menjadi kosong semula). Itu sahaja. Tak lebih dari itu.

Bagaimana untuk menjadi golongan kaya. Caranya ialah dengan melabur. Melabur disini bukan semata-mata melabur ringgit yang kita ada ke skim pelaburan sahaja, tetapi kita perlu menggunakan akal dan masa untuk usahakan pelaburan kita itu berbaloi dan sentiasa berkembang. Kita mempunyai 3 aset yang bernilai: AKAL, MASA dan sedikit WANG RINGGIT. Akal dan masa sentiasa ada disisi kita selagi kita tidak sakit, lumpuh atau mati. Manakala wang ringgit pula sentiasa mengalami pasang surutnya. Oleh itu kita terpaksa dan perlu memaksa diri kita untuk menggunakan akal dengan hikmah, menggunakan masa dengan bijak dan menguruskan wang ringgit dengan menjalankan perniagaan yang bersistem dan berstrategi.

Untuk mendapatkan sesuatu dengan lebih, kita perlu bekerja dengan lebih. Bagi mereka yang makan gaji, kerja lebih masa (overtime) akan menjaminkan anda mendapat wang lebih diakhir bulan. Bercakap mengenai kerja lebih masa secara mudahnya ia adalah kerja lebih dari masa yang ditetapkan. Dari kerja 8 jam sehari menjadi 10-12 jam sehari. Kita sanggup balik lewat. Sanggup berletih. Sanggup berkorban masa dan tenaga kerana mahu sedikit pertambahan dalam slip gaji kita. Mungkin kita tidak sedar, tetapi itulah yang kita lakukan setiap minggu.

Tetapi bila berbicara tentang perniagaan MLM yang memang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga, maka ramai diantara kita yang menyerah kalah sebelum berperang. Realiti kerja lebih masa sama dengan kerja  dalam perniagaan MLM. Bezanya cuma caranya kita menggunakan akal dan masa dengan lebih bijak kerana dalam perniagaan MLM pelaburan akal dan masa akan berkembang, manakala pelaburan akal dan masa untuk kerja lebih masa di pejabat hanya setakat dimana kita berhenti – bermaksud kalau kita sakit atau terlalu sibuk, maka setakat itulah sahaja, kerana ia tidak berkembang.

Dalam perniagaan MLM, akal, masa dan wang ringgit yang kita gunakan untuk perniagaan ini akan sentiasa berkembang. Perkembangan yang saya maksudkan ialah semua kita didunia ini mempunyai masa yang terhad, hanya 60 minit sejam, 24 jam sehari, 365 hari setahun, tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Tetapi bagaimana perniagaan MLM yang kita sertai boleh melebihi masa yang kita ada? Pemahamannya mudah sahaja, kerana perniagaan MLM ialah “perniagaan sendiri tetapi tidak bersendirian”. Perniagaan ini adalah secara kumpulan, setiap orang mempunyai bahagiannya sendiri tanpa menganggu bahagian kita – ini bermakna kita bekerja untuk diri sendiri. Katakan kalau kita berjaya mencipta 10 usahawan dibawah didikan kita dan mereka bekerja selama 3 jam sehari maka perniagaan kita sebenarnya telah beroperasi selama 30 jam + dengan 3 jam dari kita sendiri = satu hari perniagaan kita beroperasi selama 33 jam sehari. Wah!… luar biasa bukan?.

Imam As-Syahid Hassan Al-Banna pengasas Ikhwan Muslimin di Mesir telah menyatakan bahawa “Ukhuwah melahirkan kekuatan yang luar biasa”, disini kita terjemahkan kedalam bentuk perniagaan kerana perniagaan menghasilkan kekayaan, kekayaan menghasilkan kekuatan, kekuatan menghasilkan kuasa, kuasa menghasilkan kejayaan. Orang Cina ramai yang berjaya kerana mereka memegang kuasa ekonomi melalui kekayaan daripada perniagaan yang mereka usahakan. Tidakkah mahu kita menjadi seperti mereka yang berjaya? Tanya soalan ini kepada diri kita sendiri sebelum katakan tidak untuk peluang yang ditawarkan kepada kita.

(bersambung…..)





Khasiat Produk Premium Beautiful – Bahagian 1

10 05 2009

model premium beautiful

Premium Beautiful ialah set pakaian dalam wanita yang mempunyai nilai khasiatnya yang tersendiri. Denganmenggunakan teknologi Jepun dalam menyulam benang ber-F.I.R, ia seperti pakaian ajaib untuk kesihatan wanita dan juga boleh digunakan untuk lelaki (klik disini untuk membaca maklumat produk ini).

Set pakaian dalam Premium Beautiful memberikan:
- 70% khasiat kesihatan dalaman dan luaran
- 30% khasiat pembentukan badan yang anggun

Produk ini terdiri daripada tiga bahagian – Coli Panjang, Bengkung Pinggang, Seluar Dalam Panjang – yang mempunyai kelebihan dan fungsinya yang tersendiri:

Coli Panjang (Long Bra)

  • Coli yang berbentuk piramid (tidak seperti dipasaran yang berbentuk bulat) akan memberi fungsi kepada puting payudara agar dapat ‘bernafas’ dimana puting payudara yang tidak dapat ‘bernafas’ (tenggelam) – kebiasaannya dari coli yang berbentuk bulat – boleh meningkatkan lagi risiko kanser payudara yang menjadi pembunuh nombor 1 bagi wanita.
  • Dalam coli ini, terdapat Citosan (kuku kaki ketam yang hanya terdapat di perairan Jepun) yang berfungsi menyerap lemak di badan dan juga payudara
  • Randel tengah yang tebal di coli panjang ini dipenuhi sulaman F.I.R yang paling tinggi agar dapat memberi efek kesihatan yang baik dibahagian bawah payudara hingga ke perut. Selain daripada itu, fungsi yang lain dapat membuang angin agar badan lebih ringan dan tidak sengal-sengal.

Bengkung Pinggang (Waist Nipper)

  • Tujuh tetulang didalam bengkung ini memberi fungsi menyokong tulang belakang dan pinggang
  • Bengkung ini mempunyai sulaman ber-F.I.R yang tinggi bagi membantu membaik pulih sistem kesihatan di bahagian bawah dada, perut dan juga rahim wanita
  • Bagi pesakit pinggang yang kronik (lelaki dan wanita), amalkan pemakaian bengkung ini selama 8 jam sehari selama dua bulan untuk mengurangkan masalah sakit pinggang ini
  • Bagi bayi yang mempunyai demam kuning (Jaundis) adalah disarankan kepada ibu bapa untuk membalut bayi tersebut dengan bengkung pinggang ini untuk mengurangkan dan merawat demam kuning tersebut kerana F.I.R ialah sinaran infra merah jarak jauh yang terdapat dalam bengkung ini mempunyai fungsi dan khasiat yang sama seperti cahaya matahari yang berlaku dari jam 8 pagi hingga 10 pagi (dimana kebiasaan bayi yang ada demam kuning dijemur dibawah sinaran cahaya pagi ini untuk merawat penyakit demam kuning)

Seluar Dalam Panjang (Long Girdle)

  • 32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.
  • Khasiatnya – Dapat mengurangkan darah tinggi, kencing manis, mengurangkan penat dan mencegah daripada buasir.
  • Randel F.I.R yang tebal (berbentuk rahim) di bahagian depan seluar ini dapat mencantikkan, membersihkan dan mengemaskan sistem peranakan wanita (rahim) – baik untuk wanita yang sudah beranak.
  • Selain itu seluar ini dapat merawat keputihan yang menjadi masalah kepada wanita masakini.




Jangan Tutup Periuk Nasi Orang Lain!!!

8 05 2009

Saya terima satu panggilan daripada seorang prospek. Katanya dia dapatkan nasihat daripada kawan-kawannya tentang perniagaan Hai-O Marketing, katanya di keliru dengan pandangan kawan-kawannya. Kawannya cakap menceburi perniagaan MLM ini banyak risiko atau kata lainnya “makan diri”.

Okey. Saya faham benar dengan persoalan macam itu. Lebih-lebih lagi permasalahan “salah faham” dan “bodoh sombong” – untuk mereka yang tak faham perniagaan MLM tetapi cakap aje lebih.

Memang tak dinafikan tentang ada sesetengah agen perniagaan MLM ini yang ” tak cukup ilmu” dan membawa “ilmu sesat” perniagaan MLM. Bagi seorang manusia yang mempunyai akal fikiran, kenapa kita tak guna akal yang dianugerahkan tersebut?. Bila berbicara mengenai perniagaan, sudah tentu ia melibatkan JUALAN – tak perlu nafikan hal itu, tapi ada yang guna tak faham – kata ianya ialah PELABURAN. Dan prospek saya beritahu kepada saya ada kawan-kawannya yang telah tertipu dengan perniagaan MLM ini.

Penipuan tersebut terjadi apabila seorang mengeluarkan modal untuk keluarkan produk mereka, tetapi produk tersebut disimpan dibawah katil atau di stor rumah. Tersedar dari penipuan tersebut, prospek saya tadi buntu dan keliru dengan kejadian diatas.

Saya mula bertanya kepada dia: “Orang yang awak jumpa itu dah buat perniagaan ini ke?”
Jawapannya: “Belum, dia dengar cakap kawan dia”

Saya tanya lagi: “Dan awak percaya apa yang dia cakap?”
Jawapannya: “Tak tahu lah. Itu yang saya keliru tu”

Saya tanya lagi: “Ok. Saya nak tanya awak. Katakanlah dia jadi kaya, rasa-rasa dia ingat awak ke tidak?”
Jawapannya: “Entah lah. Tak kot.”

Saya tanya lagi: “Ok. Sekarang ini yang nak berubah awak ke dia?”
Jawapannya: “Saya”

Saya cakap: “Kalau awak nak berubah, awak kena ubah diri awak dulu. Kalau awak berjaya, awak kena tengok orang yang sudah berjaya. Kalau awak nak kaya, awak kena tengok orang yang sudah kaya. Tapi kalau awak tengok orang yang sama taraf macam awak dan dia pun tak kemana-mana, sampai bila-bila pun awak akan berada ditakuk yang sama”.

Masalahnya sekarang ini, kebanyakan orang tak suka tengok orang lain berjaya. Macam-macam mereka akan cakap selagi mereka boleh bercakap. Dalam perniagaan memang akan ada risikonya. Tetapi risiko yang paling besar ialah risiko KERUGIAN.

Dalam perniagaan MLM, risiko RUGI akan terjadi apabila seseorang itu MALAS. Bukan perniagaan MLM sahaja, perniagaan konvensional pun begitu – MALAS akan menjadi punca utama kepada keRUGIan. Selain daripada MALAS, sifat BODOH SOMBONG juga menjadi punca kepada keRUGIan.

Maksud BODOH SOMBONG ialah mereka yang hanya cakap tanpa mengetahui perkara sebenar dan tak mahu BELAJAR. Sudah menjadi adat kepada orang yang sebegini memang tak suka tengok orang lain berubah, biar orang lain itu hanya sepertinya. Baru hatinya senang.

Dalam MLM, peribahasa “Orang tamak selalu rugi” tidak lagi digunapakai, yang ada hanya “Orang tamak selalu untung, Orang malas selalu rugi“.





Pengenalan Kepada MLM (Multilevel Marketing) – Bahagian 2

6 05 2009

Sambungan daripada – Pengenalan Kepada MLM (Multilevel Marketing) – Bahagian 1

Mungkin ini menjadi salah satu mimpi ngeri kita apabila kita memikirkan hanya satu sumber pendapatan keluarga yang kita ada (atau dua jikalau isteri kita bekerja). Biar saya yang berfikir untuk anda, secara realitinya ekonomi dunia makin hari makin tidak menentu. Pendapatan bulanan tidak dapat memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas. Yuran pendidikan, insuran, sewa-beli rumah dan kenderaan yang tak habis-habis. Ibu dan ayah dikampung juga jangan dilupakan. Kalau ada pencen sekalipun tak tentu dapat menyelesaikan masalah kewangan kita, malah pencen bukan dapat penuh seperti gaji kita sekarang ini, separuh sahaja dari gaji pokok semasa bekerja. Cuba anda bandingkan perbelanjaan anda kini dengan pendapatan pencen anda, adakah terdapat lebihan atau kurang?. Tapi apa yang saya pasti ramai orang akan bekerja semula selepas pencen untuk menampung kekurangan pendapatan selepas pencen. Percaya atau tidak, itulah realitinya.

Untuk lari daripada realiti tersebut, perniagaan adalah salah satu cara terbaik bagi menjamin kesinambungan kewangan kita. Tetapi berbalik dengan perniagaan tadi, jenis peniagaan apa yang kita mahu lakukan. Kebanyakan orang akan mengambil langkah mudah dengan melakukan perniagaan berorientasikan makanan. Alasannya mudah, selagi ada manusia, mereka pasti mahukan makanan. Maka tidak hairanlah kalau kita lihat banyak gerai burger, char kuew teow, pisang goreng, nasi lemak, kuih muih,  restoran masakan Thai akan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Mereka yang menjalankan perniagaan ini sudah tentu sebenarnya mahu menambah pendapatan mereka sendiri. Dengan pengalaman yang kurang, maka kebanyakannya tidak bertahan lama.

Berapa modal yang perlu untuk membuka gerai-gerai tersebut? Kalau gerai mungkin perlukan lebih kurang RM 3,000 hingga RM 5,000. Kalau restoran pula paling kurang pun RM 30,000 (bersaiz kecil). Itu baru masalah modal, mana nak cekau? Tidak masuk lagi persaingan, orang dengki, makanan tak sedap, harga mahal, masalah dengan penguatkuasa, permit perniagaan, pekerja, gaji, sihir menyihir dan lain-lain lagi yang tak tercapai akal kita semua. Jadi bagaimana?.

Apakata jikalau kita tidak perlu melalui semua ini untuk memulakan perniagaan sendiri. Dalam MLM, modal boleh dikeluarkan mengikut kemampuan kita sendiri. Ada sesetengah syarikat MLM mempunyai sistem perniagaan yang lebih efisyien dengan pelan pemasaran yang baik dan menguntungkan. Apa yang kita perlu buat ialah jadi ahli, keluarkan modal dan memperkenalkan perniagaan kita ini kepada seberapa  ramai orang yang kita mahu. Dalam perniagaan MLM, tiada istilah gagal dan rugi. Kita hanya akan gagal dan rugi jikalau anda malas dan banyak alasan, itu sahaja.

Kenapa saya katakan demikian? Secara mudah seperti saya katakan sebelum ini, perniagaan MLM ini berasaskan komisyen. Tetapi ia masih mengekalkan prinsip perniagaan iaitu untung runcit. Oleh yang demikian, perniagaan MLM menjana dua jenis keuntungan – KOMISYEN dan UNTUNG RUNCIT. Pertama, modal yang dikeluarkan adalah untuk membeli produk dari syarikat MLM yang kita sertai dengan harga ahli dan kita perlu menjual produk ini kepada pelanggan kita dengan harga runcit, oleh itu kita akan dapat untung runcit lebih kurang 30%-40% dari modal yang kita keluarkan. Kedua, setiap produk yang kita beli dari syarikat mempunyai mata (point) yang akan menjadi kayu pengukur komisyen kita. Oleh itu, dimana ruang untuk kita rugi? Kecuali kalau kita malas untuk menjual dan menaja memang pasti kita akan rugi.

Untung runcit hanya akan dimiliki apa kita membuat jualan secara individu. Manakala komisyen yang kita miliki apabila kita membuat pembelian produk dengan syarikat secara individu dan juga kumpulan. Lagi besar kumpulan kita, lagi besar komisyen yang kita akan dapat. Ya!. Perniagaan MLM perlu bergerak dalam kumpulan. Kumpulan ini terdiri daripada Upline (penaja yakni orang yang memperkenalkan perniagaan MLM kepada kita) dan juga Downline (rakan kongsi yakni orang yang diperkenalkan perniagaan MLM ini oleh penaja). Hubungan upline dan downline perlu kuat, seperti hubungan ayah dengan anak. Anak perlukan ayah untuk belajar dan keselamatan, dan ayah perlukan anak untuk kesinambungan zuriatnya. Begitu juga hubungan upline dan downline.

Jadi, sepatutnya kita sudah faham konsep perniagaan MLM ini. Itu baru muqaddimah…. Cerita sebenar baru sahaja bermula.

(Bersambung….)





MLM, Direct Selling, Piramid & Skim Cepat Kaya

4 05 2009

Dalam beberapa tahun aku aktif dengan MLM ni, dah berbagai company yang aku jumpa yang menawarkan konsep MLM. Memang tak dinafikan, kalo orang cakap MLM mesti ramai yang akan cakap Direct Selling (Jualan Langsung), dan ramai yang tak nak join MLM adalah disebabkan kena JUMPA ORANG. Kenapa takut nak jumpa orang?… bukan pegi jumpa hantu, hanya jumpa kengkawan, sedara mara, kenalan dan sesapa saje yang bernama MANUSIA.

Oklah, kat sini akau nak berkongsi dengan para pembaca tentang perbezaan antara MLM, Direct Selling, Piramid & Skim Cepat Kaya…. haaaaa… bukan senang nak dapatkan ilmu ni…

MLM:
Multilevel Marketing ni sebenarnya dah bermula sejak tahun 1956 lagi, cuma dalam Malaysia ni baru dalam 20 tahun gitu. So, dalam Malaysia ni masih muda dan ramai yang tak tau tentang MLM ni. MLM adalah satu konsep pasaran beperingkat dalam satu hierarki yang perlu bagi pengusaha MLM ni membina organisasi dan melahirkan usahawan sepertinya sebanyak yang mungkin. Dalam MLM, SIAPA YANG KERJA KUAT, DIA YANG AKAN DAPAT BANYAK (INCOME = $). Dan dalam MLM ia bergantung kepada jualan kumpulannya, jika jualan kumpulannya besar, tapi jualan persendiriannya sikit, maka sikitlah incomenya. Tapi jika jualan kumpulannya besar, dan jualan persendiriannya juga besar, maka besarlah incomenya…. haaaaaa…. Selain tu lagi, dalam MLM kita boleh create sebanyak mana usahawan dibawah kita untuk kita melayakkan diri mendapat pangkat yang tinggi…. Alaaa… macam kita jadi executive kat mana-mana syarikat swasta, bila dah lama keje lepas tu ada executive baru yang datang keje dan keje kita bagus, maka kita dapatlah pangkat Senior Executive dan income kita tambah la…. paham kan?

Direct Selling:
DS ni sebenarnya ialah sebahagian daripada MLM…. cuma konsep ni dalam MLM adalah pada permulaan kita menceburi bidang MLM. Setiap mereka yang menceburi bidang MLM, kena tahu macam mana nak buat DS. Dalam DS kita perlu tahu tentang kelebihan produk, kabaikan, dan peluang yang ada dalam company MLM kita tu. Memang la dalam DS ni kita perlu berani…. tapi tanggapan sesetengah orang tentang DS dalam MLM kena ketuk rumah orang dan jumpa orang yang sedang makan di restoran adalah silap sama sekali. DS yang macam tu adalah pure DS, yang saya maksudkan DS dalam MLM ialah kita hanya perlu jumpa kengkawan, sedara mara, kenalan dan berkongsi dengan dorang tentang peluang yang kita ada dan dorang pulak buat macam mana kita buat kat dorang (konsep klon). DS dalam MLM yang perlu kita hadapi ialah apabila kita mula nak ajak orang join company MLM kita… di sini kita perlu tahu selok belok produk dan Plan Pemasaran.

Piramid:
Cakap pasal Piramid memang orang akan cakap: “MLM tu adalah piramid… dan menyusahkan orang bawah… orang atas aje yang kaya“…. dan tu lagi ada yang kata piramid tu sebab bentuk piramid… hahahahaha…. nampak sangat cetek ilmu. Oklah… sebenarnya piramid ni adalah satu sistem yang MLM yang dulu-dulu… sekarang ni dah tak ada sistem piramid kecuali ada la sikit-sikit company yang buat macam tu. Piramid ni adalah konsep orang diatas akan “makan” orang bawah…. maksudnya, orang bawah buat kerja sponsoring dan jualan banyak, tapi orang atas releks dan orang kat atas tu jugak yang kaya….. haaaa…. maksudnya sistem ni kejam la… walaupun dengan satu kaki (jalur) dibawah kita, tapi kita boleh dapat income yang besar dan pangkat kita sentiasa akan naik tanpa usaha.

Skim Cepat Kaya:

Haaaaa…. sekarang ni SCK yang bertopengkan MLM ni dah banyak dah dalam Malaysia…. jaga-jaga la kita kalo jumpa dengan company macam ni. Hanya menawarkan 1 atau 2 produk, pastu boleh dapat ribu-ibu. Sistem ni boleh kita lihat jika company tu menawarkan pelan pemasaran yang hanya sekali pembelian atau bayaran seumur hidup dan seterusnya hanya perlu cari orang buat macam kita… kita diatas tak perlu buat penjualan, tetapi income boleh dapat dengan banyak. Konsep ni boleh kita lihat kalo Pelan Pemasarannya berbentuk PAIR (Sepasang)… dan lagi, hanya dua orang hingga empat orang sahaja yang boleh jadi direct downline, maknanya tak boleh pasang banyak orang bawah kita. Akan tetapi sistem ni tak lama boleh bertahan seperti pure MLM sebab bila orang dah tahu konsep sistem ni, maka orang dah tak nak join lagi… maksudnya SCK ni adik beradik dengan Piramid laaaa… tak adil.

Ok… ada banyak lagi kajian yang aku buat tentang bidang ni… dah akan aku kongsikan dengan korang semua nanti ok…





Penipu MLM – Jangan Keliru!!!

3 05 2009

Saya terbaca dalam sebuah forum chat bila menggoogle tadi mengenai perniagaan Hai-O Marketing yang didakwa menipu orang dalam mengeluarkan modal perniagaan. Bila saya baca, jelas-jelas orang yang menulis post itu tidak memahami konsep sebenar perniagaan MLM. Saya jelaskan di sini, perniagaan MLM ialah sebuah PERNIAGAAN YANG MEMERLUKAN MODAL PERNIAGAAN, bukan PELABURAN YANG HANYA MENUNGGU KEUNTUNGAN. Mungkin itu orang salah tafsir.

Post itu berbunyi begini:

Adalah Di Maklumkan Kpd Orangramai Agar Tdk Terpedaya Dgn Sekumpulan Pemimpin2 Hai-O Yg Di Kenali Dgn ‘Team 369′ Yg Kini Di Dapati Mempengaruhi Orgramai Utk Menyertai Sykt Hai-O Marketing Dgn Sistem Front Loading @ Beli Pangkat Dgn Melaburkan RM21,000.

Biasanya Yg Jd Mangsa Adalah Kakitangan Kerajaan Krn Mrk Akan Mempengaruhi Supaya Membuat Loan Dgn Pihak Bank RM23,000 Dimana RM21,000 Akan Di Laburkan Samada Membeli 10 Set Pakaian Dalam Wanita Beautiful Atau 10 Unit Penapis Air..Baki RM2000 Tu Adalah Utk Kegunaan Peribadi.

Mangsa Td Perlu Pula Utk Mencari Mangsa Lain Utk Melaburkan Jg RM21,000 Sbb Kalau Tdk Mangsa 1 Td Kena Membayar RM300 Sebln Kpd Pihak Bank Selama 10 Tahun Utk Melunaskan Hutang Tersebut.

Dlm ‘Team 369′ Ni Mrk Ada Kaki Yg Ada Kabel Dgn Pihak Bank Yg Blh Meluluskan Pinjaman Tersebut.. Ramai Yg Khabarnya Tlh Menjadi Mangsa.

Hrp Pihak Berwajib @ KDNHEP Mengambil Berat Isu Ini Krn Ternyata Ianya Menyalahi AJL 1993. Yg Sedihnya Pemimpin2 ‘Team 369′ Ini Adalah Terdiri Drp Crown Diamond Manager Yg Berbangsa Melayu & Mangsanya Jg Adalah Terdiri Dari Org2 Melayu Jg.

Sebarkan Sebarkan Sebarkan Sebarkan Sebarkan

Seperti yang saya telah katakan diatas, masalah kita (lebih-lebih lagi orang Melayu) mudah tertipu dengan konsep DAPAT UNTUNG BESAR TANPA BEKERJA. Tak hairanlah kalau Skim Cepat Kaya, Skim Pelaburan Mudah, Skim Itu dan Skim Ini mendapat sambutan luar biasa dari orang Melayu.

Dalam perniagaan MLM Hai-OTeam 369” yang penulis diatas katakan tersebut sebenarnya adalah BENAR Tetapi SALAH apabila beliau menyebut tentang MELABUR RM 21,000 tersebut. Kita dalam perniagaan MLM kini sudah mengalami evolusi, daripada perniagaan MLM yang berteraskan Direct Selling (Jualan Langsung) kepada perniagaan MLM berteraskan Leadership (Kepimpinan).

Bila kita berbicara tentang MELABUR, secara sedar, otak menafsirkan bahawa duit yang dilabur akan membiak berkali ganda tanpa sebarang usaha. Manakala MODAL PERNIAGAAN pula adalah alat untuk memulakan perniagaan kita. Saya tanya anda – perniagaan apa yang tidak memerlukan modal? Mahu buka restoran pun memerlukan modal puluhan ribu, bahkan hampir ratusan ribu. Mahu buka kedai runcit pun begitu. Tapi adakah kita mempunyai wang sebanyak itu?. Kebiasaannya kita akan membuat pinjaman dari bank, koperasi atau badan-badan yang boleh dipercayai.

Begitu juga dengan perniagaan MLM Hai-O ini. RM 21,000 itu adalah modal untuk dapatkan 10 set barang yang menjanjikan kenaikan terus ke pangkat pertama tanpa melalui proses ahli biasa. Disitu bonus bulanan akan dikira mengikut bonus pangkat kita (klik disini untuk maklumat mengenai pangkat) . Jikalau kita tidak bekerja untuk menjual produk kita dan memperkenalkan perniagaan ini kepada orang lain, maka kita tidak dapat apa-apa. Semua keuntungan mengikut hasil kerja kita.

Bagi mereka yang sudah membuat pinjaman RM 21,000 untuk perniagaan MLM Hai-O ini, kenapa terpaksa tunggu 10 tahun baru dapat langsaikan hutang tersebut dengan bayaran ansuran pinjaman RM 300 sebulan? Kenapa tak gunakan duit hasil daripada jualan 10 set yang dikeluarkan untuk meniaga itu dan langsaikan hutang anda?. Saya pelik, bukankah kalau pelanggan anda bayar ansuran RM 100 sebulan selama 2 tahun untuk satu produk, maka selepas 2 tahun anda sudah dapat balik nilai pinjaman anda tadi apabila 10  produk anda terjual? Lainlah kalau anda simpan produk-produk anda bawah katil, maka cicak, tikus dan lipas sahaja yang menjadi pelanggan anda. Bagi saya hal beban hutang untuk meniaga MLM Hai-O tidak terjadi apabila kita benar-benar faham konsep perniagaan ini.

Apa yang jelas disini, penulis diatas tidak mengetahui selok-belok perniagaan MLM secara jelas. Dalam MLM,  TIADA MENJUAL DAN MENAJA, MAKA TIADA KEUNTUNGAN. Perniagaan MLM bukan pelaburan. Sudah pun nama meniaga, sudah tentu bukan skim pelaburan.

Kepada penulis diatas, jangan membuat onar bagi mereka yang mahu merubah. Daripada pembacaan saya di atas menampakkan anda masih lagi keliru antara PERNIAGAAN dan PELABURAN.





Pengenalan Kepada MLM (Multilevel Marketing) – Bahagian 1

2 05 2009

Apa itu perniagaan MLM? Jawapan mudahnya ialah perniagaan yang berasaskan komisyen yang diberikan kepada kepada usahawannya kerana memperkenalkan produk syarikat yang diwakili dan mengrekrut orang lain untuk menjadi usahawan sepertinya. Itu definisi yang mudah, tetapi perniagaan MLM ini mempunyai pengertian yang luas berbanding dengan perniagaan konvensional yang lain.

Perniagaan konvensional biasa kita lihat di sekeliling kita, Kedai Runcit Pak Abu Bonchet, Restoran Senyum Selalu, Kedai Barangan Kayu dan Logam, Restoran Ali Maju Kedepan, Butik Pengantin Azharina, Pusat Membeli Belah Keluargaku dan Keluargamu dan banyak lagi – anda boleh nyatakan sendiri. Perniagaan ini secara asasnya mempunyai MAJIKAN (bos) dan PEKERJA (kuli). Bos mempunyai kuasa yang besar keatas perniagaannya, kuning katanya maka kuninglah perniagaannya. Manakala si kuli pula perlu mendengar perintah bos untuk mendapat gaji. Bos berhak untuk ambil sesiapa sahaja untuk bekerja dengannya. Kalau bos tak suka anda, maka anda akan diberhentikan.

Berbeza dengan perniagaan MLM dimana tiada bos atau kuli, yang ada hanyalah anda dan diri anda. Terdapat dua jenis usahawan didalam MLM, pertama ialah PENGEDAR, dan kedua ialah PEMIMPIN. Jikalau anda ingin menjadi pengedar, maka anda akan menjalankan perniagaan ini secara jualan samada jualan terus kepada pengguna (jualan langsung) atau membuka stokis (masih mirip kepada perniagaan konvensional). Dalam MLM, menjadi seorang pemimpin adalah sesuatu yang dihajati, kerana disinilah usahawan MLM akan menemui mesin duit mereka. Apa yang perlu kita buat untuk menjadi pemimpin ialah kita perlu “mencipta” usahawan seperti kita seberapa ramai yang boleh.

Okey. Habis untuk definisi MLM dan perbezaannya dengan perniagaan lain secara ringkas. Kalau mahu tahu lebih lagi, kita bincang lain kali sebab persoalan utama diatas masih lagi belum terjawab.

Syarikat MLM di Malaysia memang banyak dan telah melahirkan ramai jutawan daripadanya, tetapi ramai juga yang berhenti sekerat jalan – mengambil jalan mudah untuk bergelar GAGAL. Susah sebenarnya untuk menjadi orang yang gagal selepas berhempas pulas dengan segala kesusahan, tetapi mungkin dengan sebab putus asa atau malas, maka mereka berhenti. Kalau mahu dikira, memang ramai yang gagal, mereka inilah yang telah membawa imej buruk kepada perniagaan MLM ini. Disebabkan mereka malas dan cepat berputus asa maka orang lain yang melihat perkara ini memandang sinis dengan perniagaan MLM ini – tapi tak salahkan mereka sepenuhnya, kita sendiri ada akal, kita boleh fikir sendiri, kalau mereka terjun lubang tahi, takkan kita nak terjun lubang tahi itu juga. Sudah pasti tidak. Gunakan akal sebaiknya untuk faedah diri kita sendiri. Yang penting kita perlu belajar.

Perniagaan MLM boleh dilakukan secara fleksibel. Mengikut kelapangan masa kita sendiri, kita tentukan sendiri. Kalau saya tanya anda, antara kerja 8 jam dapat gaji RM 100 dengan kerja 3 jam dapat RM 100, mana satu yang anda pilih? Sila jawab dengan jujur. Bagi saya, saya akan pilih kerja 3 jam. Bukan bermakna saya malas, tetapi saya bijak. Kalau saya gandakan sedikit usaha saya dengan bekerja 9 jam, maka saya akan dapat RM 300, betul tak?

Kerja 8 jam sehari itu adalah kerja biasa kita, dimana itulah punca utama pendapatan kita. Bagi seorang lepasan universiti, gaji permulaan biasanya RM 1,500 – RM 2,000 mengikut kelulusan. Bagi yang telah lama bekerja gaji mereka dalam lingkungan RM 1,800 – RM 4,000 mengikut pangkat dan kelulusan. Mungkin bekerja dengan kerajaan adalah satu pilihan yang bijak (mengikut pemikiran kebanyakan orang) kerana disana terdapat jaminan (security) kerana akhir bulan dapat gaji, setiap tahun naik gaji, akhir tahun dapat bonus, tamat jawatan dapat pencen.Wah!… sungguh bahagia hidup anda. Tetapi mungkin anda terlupa sesuatu, saya mesti ingatkan anda kerana sudah menjadi tanggungjawab kita saling ingat-mengingati.

(Bersambung…)





Kenapa Saya Memilih Hai-O MLM?

1 05 2009

Hai-O Marketing Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat Mutilevel Marketing (MLM) yang telah ditubuhkan di Malaysia selama 17 tahun. Hai-O Marketing telah menyediakan satu platform baru kepada sesiapa yang ingin menjadi usahawan MLM kepada seluruh rakyat Malaysia yang inginkan menambah pendapatan dan juga merubah hidup mereka melalui pelan pemasarannya yang sempurna, adil dan menguntungkan.

Hai-O Marketing telah mencipta 5 kesempurnaan (perfect 5) sebagai sebuah syarikat MLM yang berdaya saing dan mantap. 5 kesempurnaan tersebut ialah:

1. Perfect Company:

  • Tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia
  • Satu-satunya syarikat MLM yang menerima Anugerah Kemerlangan Perniagaan Beretika 2008 daripada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNH)
  • Satu-satunya syarikat MLM yang menerima Anugerah FORBES Asia kali ke-2 – Anugerah Best Under A Billion

2. Perfect Product (Premium Beautiful Corset):

  • Perintis produk pakaian dalam wanita
  • Satu-satunya produk pakaian dalam wanita yang mempunyai “Superbrand
  • Kini sudah berada dipasaran selama 12 tahun
  • Jaminan seumur hidup (life time warranty)

3. Perfect Business:

  • Paul Zane Pilzer dalam bukunya “Wellness Revolution” menyatakan perniagaan berasaskan jaringan (networking) adalah pelan perniagaan terbaik dalam dunia
  • Menurut beliau, menjelang tahun 2010, 40% jutawan di U.S terdiri daripada usahawan MLM (networking business)
  • Robert T. Kiyosaki menyatakan perniagaan berasaskan jaringan (networking) termasuk dalam kuadran “Pemilik Perniagaan Besar” (Big Business Owner)

4. Perfect Industry:

  • Paul Zane Pilzer dalam bukunya “Wellness Revolution” menyatakan potensi perniagaan berasaskan kesihatan akan meningkat USD 1trilion menjelang tahun 2015
  • Industri kecantikan dan kesihatan akan sentiasa meningkat dan terus meningkat

5. Perfect Time:

  • Modal kecil, tetapi pulangannya yang besar
  • Industri kesihatan dan kecantikan kini berada dalam keadaan perkembangan (growth)

hai-orecognition